Tuesday, July 22, 2008

Musim Buah-Buahan












Bestnya..... Setiap petang boleh makan buah seperti buah durian, rambutans,dll. Buah durian kadang- kadang buat tempoyak. Makan dengan budu dan ulam. BEST...Buah rambutan kadang - kadang buat air dan jem. Kalau buat jem boleh makan dengan roti. Sedapnya, free pulak tu.



Sunday, July 6, 2008

Melawat Aqil

Aqil sekarang dah boleh jalan
Bukalah pintu ini,Aqil nak keluar bermain bersama -sama kawan kawan Aqil yang berumur 7-9 tahun

Antara barang-barang permainan Aqil






'' Sukanya bila dia ceria,
Aqil ceria,
Mak Su juga gembira. ''





Thursday, June 12, 2008

Pantun Hari Guru

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Hari Keluarga SK Tawang

Tiup kuat lagi sampai pecah
Berebut kerusi. Siapa cepat dia dapat.


Berebut gula-gula. Siapa paling banyak dapat gula-gula,dia menang.
HORAYYY.

Haiwan Peliharaan

Sepasang arnab comel

Ikan Kelisa

Ikan Kap Jepun


Visit Terengganu 2008
















Saturday, May 24, 2008

Lepaskan Rindu

Rindunya rasa bila dah lama tak update blog ini. Walaubagaimana pun, ada sebab kenapa saya dah lama tak update blog ini. Sebabnya ialah siang malam asyik ada kelas tamba.....han je. setiap pagi,saya turun dari rumah pukul 7.00 pagi. Balik dari sekolah pukul 3.00 petang. Pukul 4.00 petang, ada kelas bahasa inggeris dan balik pukul 6.00 petang. Lepas tu, pukul 8.00 malam ada kelas malam dan balik pukul 10.00 malam. Letihnya...... Sesampai di rumah, lepas solat Isyak,saya terus tidur.

Hari ini adalah hari cuti sekolah. Tanpa membuang masa saya terus lepaskan rinduku kepada blog kesayanganku ini. Jadi, maaf dipohon kepada pelawat blog ini kerana asyik melihat dan membaca perkara yang sama ..... aje.Sekian.