Saturday, May 24, 2008

Lepaskan Rindu

Rindunya rasa bila dah lama tak update blog ini. Walaubagaimana pun, ada sebab kenapa saya dah lama tak update blog ini. Sebabnya ialah siang malam asyik ada kelas tamba.....han je. setiap pagi,saya turun dari rumah pukul 7.00 pagi. Balik dari sekolah pukul 3.00 petang. Pukul 4.00 petang, ada kelas bahasa inggeris dan balik pukul 6.00 petang. Lepas tu, pukul 8.00 malam ada kelas malam dan balik pukul 10.00 malam. Letihnya...... Sesampai di rumah, lepas solat Isyak,saya terus tidur.

Hari ini adalah hari cuti sekolah. Tanpa membuang masa saya terus lepaskan rinduku kepada blog kesayanganku ini. Jadi, maaf dipohon kepada pelawat blog ini kerana asyik melihat dan membaca perkara yang sama ..... aje.Sekian.