Monday, October 13, 2008
HARI RAYA
Wow... seronoknya...Hari raya adalah hari yang sudah lama saya tunggu. Pagi raya saya bangun awal sangat. Maklumlah hari raya. Selepas selesai bersiap, saya bersalam dahulu dengan ibu bapa sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Pastu, bermulalah aktiviti ziarah menziarahi.Di samping itu, saya juga ada dapat duit raya... Bestnya...
Wednesday, September 17, 2008
Alhamdulillah..... semuanya dah berakhir. Semua penat lelah yang saya lalui selama ini sudah berakhir. UPSR dah tamat. So, sekarang kerja saya hanyalah enjoy dengan rakan-rakan. Setiap hari saya datang ke sekolah , kerja saya hanyalah bermain-main dengan kawan-kawan atau kalau saya boring, saya bacalah novel. Terima kasih saya ucapkan kepada keluarga, saudara mara saya yang tak putus putus mendoakan saya supaya berjaya dalam UPSR.
Sekian..........
Sekian..........
Tuesday, July 22, 2008
Sambutan Hari Lahir
Hadiah yang saya terima.
Ini adalah tarikh hari lahir saya. Pada 13 Julai ( Ahad) lepas saya telah celebrate hari lahir saya. Saya menjemput saudara mara,jiran-jiran dan beberapa orang kawan saya. Tetapi malangnya, hanya 2 orang sahaja kawan saya yang datang. Mungkin parent kawan-kawan saya yang lain tak bagi anak anak mereka datang sebab keesokan harinya (Isnin) ada satu exam. Mungkin itu alasannya. Tapi takpe, 2 orang pun tak mengapa. Yang pentingnya,saudara mara saya sanggup meluangkan masa untuk saya. Terima Kasih semua...
Sunday, July 6, 2008
Thursday, June 12, 2008
Pantun Hari Guru
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.
Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.
Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.
Saturday, May 24, 2008
Lepaskan Rindu
Rindunya rasa bila dah lama tak update blog ini. Walaubagaimana pun, ada sebab kenapa saya dah lama tak update blog ini. Sebabnya ialah siang malam asyik ada kelas tamba.....han je. setiap pagi,saya turun dari rumah pukul 7.00 pagi. Balik dari sekolah pukul 3.00 petang. Pukul 4.00 petang, ada kelas bahasa inggeris dan balik pukul 6.00 petang. Lepas tu, pukul 8.00 malam ada kelas malam dan balik pukul 10.00 malam. Letihnya...... Sesampai di rumah, lepas solat Isyak,saya terus tidur.
Hari ini adalah hari cuti sekolah. Tanpa membuang masa saya terus lepaskan rinduku kepada blog kesayanganku ini. Jadi, maaf dipohon kepada pelawat blog ini kerana asyik melihat dan membaca perkara yang sama ..... aje.Sekian.
Hari ini adalah hari cuti sekolah. Tanpa membuang masa saya terus lepaskan rinduku kepada blog kesayanganku ini. Jadi, maaf dipohon kepada pelawat blog ini kerana asyik melihat dan membaca perkara yang sama ..... aje.Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)